Sunday, July 31, 2011

lelaki dayus =.="






Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggungjawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1)     Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam  & Jangan Marah
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة 
Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin 
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak  dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
17 Julai 2007

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

Monday, July 4, 2011

cuz i miss u ...


  
YOUR GUARDIAN ANGEL

THE RED JUMPSUIT APPARATUS

♥


When I see your smile
Tears run down my face
I can't replace
And now that I'm strong
I have figured out
How this world turns cold
and it breaks through my soul
And I know I'll find
deep inside me
I can be the one

I will never let you fall(let you fall)
I'll stand up with you forever
I'll be there for you through it all(though it all)
Even if saving you sends me to heaven

It's okay. It's okay. It's okay.
Seasons are changing
And waves are crashing
And stars are falling all for us
Days grow longer and nights grow shorter
I can show you I'll be the one

I will never let you fall (let you fall)
I'll stand up with you forever
I'll be there for you through it all (through it all)
Even if saving you sends me to heaven

Cuz you're my, you're my, my, my true love, my whole heart
Please don't throw that away
Cuz I'm here for you
Please don't walk away and
Please tell me you'll stay, stay

Use me as you will
Pull my strings just for a thrill
And I know I'll be okay
Though my skies are turning gray

I will never let you fall
I'll stand up with you forever
I'll be there for you through it all
Even if saving you sends me to heaven
[to fade]



1+1. 
4th july.
730 days.
mimoroy in memory. 


♥


Friday, June 24, 2011

now everyone can fly!

kakngah datang melawat aku dekat uia.
ingatkan nak jumpa kejap je.
turun jumpa dia dengan bedak ape pun tak pakai.
tetibe die mintak aku teman die beli bag travel dekat Midvalley.
dengan muka baru bangan tidor, aku refuse. sebab maleh nak pegi mid.
last2 pegi beli dekat amcorp mall aje.
sebab bak kate ritz, "it's such a dead place unless ko nak buka Subway"
aku okay aje dengan tempat tu. kau nak beli barang pun takde sesak2 macam dekat mid.
peace place u noee. haha.

kakngah belanja tshirt sehelai. baik pulak mood die. haha.
pastu die ajak makan. xde tmpt makan yg best pn dekat situ.
tpakse la mkn secret recipe. tengah nak order, bole pulak terjumpa bapak sedara aku. Pak Wan & his wife.
dia ni lecturer uia kuantan. dia tanye pasal pointer aku...abess laaa aku...

pakwan jenis yang tengok result pointer mesti kene 3.6++
sebab die ni dulu penah meng'interbiu' budak2 course medic,allied health,bio science dekat kuantan.
diorang kan ade interview untuk degree benda2 medic ni.
dalam bilik tu pakwan sekali dengan dua orang lecturer lain.
pakwan ni x puas hati bila tengok pointer sorang budak ni 3.2/3.3 camtu je.
kalo higher than 3.6 bru dia kira power.
yang lecturer lagi 2orang tu pulak lain pendapat ngan die.
kalo dekat uia, pointer 3.2/3.3 cmtu da okay. sebab uia.
tapi bapak sedare aku ni x mcm tu. haishh. seb baek aku amek engineering. hehe.

dulu die penah suruh aku tukar course. amek allied health science.
mak aku pun suruh tukar. amek course yang pakwan ngajar tu.

"nanti bole mintak dia tolong ajar mana yang tak paham"

"every weekend bole balik rumah die"




mimpi laaa aku nak amek allied. haha.
otak saya bukan otak bio. :(
masuk cfs, suka giler dgn physics! <333






.....................

bangun pukul 4.30pagi.
breakfast dekat mcD KLIA with family. tak sedap.
gerak dari KLIA ke uia pukul 10 pagi. sesat!
ingat kan dah tak sempat nak masuk kelas Arab pukul 11.
kelas Physics pukul 9 memang sengaja x pegi.
mak abah hantar dengan kereta sampai ke kelas Arab. masa tu dah pukul 11.
nasib baik lecturer foreigner tu tak sampai lagi. fuhh...





dapat berita gembira berturut2 dalam minggu tu.
syukur sangat2 Allah makbulkan doa aku.
insyaAllah mak abah akan berangkat hujung tahun ini. Alhamdulillah.





x0x0x0x0x0x0x0x0x0x0x0x0x0x0x0x0x0xx0x0x0x0x0x0x0x0x00x0x0x0x0x0x0x0x0x

just nak wish:


abah, selamat hari abah! (ahad lepas, wish dalam kereta abanglang)
mak, selamat hari jadi!  (wish dalam kereta jugak)
bro, selamat bertunang! tahniah.  (wish dalam hati. maluu. haha)
kakngah, selamat berangkat n merantau negara orang. (wish dalam hati jugak)
balik nanti kompem kuruih! sbb ade 1 je restoran yg halal dekat sane. kui3



p/s:    jumpa lagi kalian semua waktu hari raya nanti. InsyaAllah.

Sunday, June 12, 2011

dua hari

kelmarin, hari jumaat aku ade satu kelas je, Maths III pukul 9-10 pagi.
then aku balik bilik, breakfast sume, aku kuar dari uia pukul 10.30 pagi.
yes, aku kuar sorang2. ade la tempat aku nak tuju. *bukan dating hokeiii !
naik bas rapidKL, turun dekat stesen Universiti, pastu gi stesen KLCC.
jalan kaki cepat2 gi area pavilion. first time gi area sane.
mule2 sesat gak. nasib jumpe gak tempat tu! thanks to pakcik Google. hee :p
dah selesai urusan aku, aku terus jalan kaki cepat2 sebab nak balik awal.
takot bertembung dengan orang keluar pejabat tuk solat jumaat.
akhirnya aku sampai dekat uia tepat2 pukul 1.30 tengahari.


mase tu ramai la budak2 pompuan yang dah tunggu bas dekat entrance uia.
ramai yang berjalan dari dalam uia hingga ke luar.
makcik guard pulak bole terkejut sebab aku sorang je tetibe masuk kampus.
rajin betul dia tegur aku, kenape aku masuk kampus..
orang lain semua keluar kampus. aku sengih je la kat die.
malas la nak outing lame2. nak balik bilik nak tido.
kaki sakit sikit je sebab jalan laju2. jalan laju2 tu memang habit aku :)


petang tu cousin datang melawat. dalam kul 4, sembang2 ngan die sampai la ke maghrib.
pastu die ajak makan. lepas solat maghrib, kitorang makan dekat Andalucia, Pantai Dalam.
tempat tu memang best wa cakap lu. hahaha. die cakap ni la tempat lepak time die frust.
ok, pastu kitorang mengarut2 lagi lepas abis makan, sampai la cousin aku dapat satu call, ade orang tua meninggal. ayah sedare kepada mak kitorang la kot yang meninggal ni, sebab mak aku n mak cousin aku siblings ok. cousin aku ajak pegi lawat die, tido umah akak die malam tu, xpayah balik uia..pastu aku call mak aku nak tanya mak datang kl tak, cecite sume, yang meninggal tu sakit kat hospital Putrajaya, tapi nak kebumikan dekat Ipoh esok pagi. so mak aku tak jadi laa datang kl, esok pegi dekat ipoh je. then aku mcm segan laa nk tido umah akak die, sebab mak aku takde. HAHA :D last2 cousin aku antar balik ke uia. thanks wey sebab belanje :)



sabtu. pegi lowyat ngan times square. dengan roomates tersayang. :)
gi lowyat sebab ade Nokia World's Biggest Angry Birds Playground.
gi ts sebab nak beli barang2.
letih ngaii. kaki makin sakit. banyak kali turun naik escalator. ts kan besauuu :O
tapi dalam sakit2 tu mmg best la. sebab pasni kitorang akan bz study.......kottttttttttttt... ;p







gamba kitorang : 





kembar  ke ?


yang kanan sekali tu datang dari seremban.

kawan baruuu. :)


comey weyh budak tudung pink ni. :p



muke bahagia dapat kipas tangan burung marah. haha




...........................................................................................

gambo selebihnye dalam fesbuk hokeiii !! 
.............................................................................................

dalam computer, semua stage aku dapat 3stars. yeay terer2!
biar ah aku. kau orang ade? hahaa :) 





Sunday, June 5, 2011

shitty shit

dari segi luaran mmg aku byk kekurangannye..so xpayah nk kutuk2 perli2.. jage hati & perasaan org lain, sebelum org lain buat mende yg same dekat diri anda tu... okay?
aku memang sensitip banyak. ade masalah?

kenanganku bersamamu (aiceh!)

again, esok masuk pj balik....yessssss! how i miss my roomates sekalian, my gang, my classmates. my abam bangla yg ensem dekat kafe. kahkah <3 amboii taknak kalah.


so far kalau org tanye best ker uia? uia memang best! tak tipu. tapi klo bab study, memangg stresssss.......menanges2 la kau~ bagi aku macam tu. sebab aku penah down gila2 smpai nak drop subject & extend jadi 2tahun. yerp memang aku salu nanges. kekadang dekat bilik, kekadang tempat lain. huhuu. dengan bantuan classmate, diorg pujuk aku jangan extend. pastu sekarang ni aku lega x jadi extend. hihi. lagi satu aku tak bole tengok lelaki lagi pandai dari aku. kalau pompuan aku xkesah. sebab normally lelaki pemalas.  haha. aku pun tak paham kenapa aku camni. kawan aku tu every semester dok dalam dean's list. bukannye sipi-sipi 3.5, tapi nak dekat 4.0! stress dowh! memang tercirit laa aku nak kejar pointer die.

uia memang best sebab aku dapat rumet yang sekepala. nak lagi bonus, rumet yang alim. woooo.. *bunyi ape ni.. dah dua sem duk ngan rumet yang sama..sem baru ni pun rumet yg sama..kitorang memang takleh berpisah..haha.. uia memang best sebab bole pilih rumet. macam ar u laen tak kan..hee..semua amek kos engineering..memang senang nak study. time makan pulak, macam2 cerita keluar..aku happy hidup cmni :)

ingat lagi first day masuk uia, malam tu siap tutup-lampu-tengok-movie-tido-ramai2. tak sampai 24jam kenal da rapat gile2..rumet yang sanggup cabut bulu ketiak rumet sendiri(eh bukan aku), yang sanggup cari kelemumur, main sikat & ikat rambut, sanggup share SEMUA benda termasuk colgate, baju, kain batik, makeup, makanan, sanggup jawap incoming call phone aku bila aku malas nak jawap, rumet yang selalu ajak sembahyang berjemaah, yang concern pasal rumet sendiri bila salah sowang sakit(siap hulur ubat, bancuh air, bersuap bubur bagai)
aku happy hidup cmni :)  *memang sngaje copy paste ayat yang samee je




  • rindu nak jalan laju2 ke kelas sebab da lambat.
  • rindu nak beli nasi bungkus dekat kafe sebab tak suka mkn dalam pinggan. (MAHAL-LAH!)
  • rindu nak masuk Chemistry lab dekat ground floor sebab nak jumpa pakcik & abam lab yang sangat baek drpd lecturer sendiri.
  • rindu nak potong line orang guna washing machine sebab bilik aku paaaaling dekat dgn washing machine level 5 :) (bilik paling dekat dengan surau, washing machine, water filter, & betul2 sebelah tangga emergency..kool bukan..haha) nak lagi kool, bilik yang betul2 centre of mahallah khadijah sebab semua ade 9 level..n bilik tu malam2 sejuk kott..sampai kena tegur "apahal bilik korang sejuk bilik kitorang panas?" bese laa bilik orang beriman..kahkahkah..memang best..sem baru ni nak bilik tu lagi boleh tak?
  • rindu nak tengok korea sebab kat umah mmg aku x layan unless klo ade org bukak dkt mahallah. (rumet act as a catalyst. hahahhaa)
  • rindu nak masuk Physics lab dekat tingkat 3 sebab da lama tak naik lift dekat situ. 
  • rindu nak jalan2 pusing uia malam2 bila dah bosan sgt duk kat bilik. aritu time MUET, tengah kitorg jalan2 ttbe ade citer lawak. ak tergelak kuat2 bersama  rumet2 bile lalu dekat mahallah ukc (boys) pastu kena sound "hoi!" kuat gile dgn sorg mamat dari mahallah tu. pastu semua memasing senyap sambil jalan laju2 balik bilik. haha. sumpah lawak gile. ketaqq sekejap wei. tersentap jantung. terkojutt eden. ttbe suara garau ber'hoi2' dari bilik mane tatau. siap ada echo lg. sorry laa abam yang stress waktu shortsyem, kitorg gelak memang takley cover.




nak outing next week. lg 2weeks nak pegi klia pulak. bz yer ain. hihihii

sori awak(m.a bin m.y bin m) dan awak, this time i dont bring our memories to uia. simpan di rumah. barang pun saya simpan elok2 di rumah. sy taknak laa bukak locker, nmpk brg tu..erghh. sumpah xnak. orang nak concentrate study la :)

tahu tak, sy harap sgt tak jumpa awk lg lepas ni. tapi last2 awk pun sambung belajar dekat pj. dekat gilee dgn uia. org yg saya harapkan ade dekat shah alam/emerson subang jaya. org yg sy xnak ade dekat pj. org yg sy xnak (lagi sowg) ade dekat menara telekom, bangsar. menara tu memang dah sah2 nampak dari mahallah. kenape kah? yg taksuka duk dekat2. yg suka duk jauh2. aaaaaa dunia ineyyy memang tak adil. -.-"

1years 11months & 1day... hahahaa!! sumpah aku tak perasan langsung bende ni!


target for last sem - pointer 3.67 ...aminnn!!
mak, kalau ain tak dapat pointer macam ni ain taknak la balik rumah. haha.
gila apa? mcm agak susah je?

p/s: rindu dekat geng sayvern jugak. tapi semedang xpenah jumpa 7-7 serentak kan. haihh :(

Tuesday, May 17, 2011

keluar rumah, duit keluar.. duduk rumah, duit keluar jugak!

"wei jom kuaq..."
"maleh la..xde duit nak kuar.."
*gara2 cuti semester beberapa bulan, sume orang pakat tadak duit.
pakat ternak lemak kat umah.
apa hang ingat duduk rumah duit tak keluar ka?

ehemm.
bagi aku. . duk umah pun duit keluaq jugak apaa.
sekarang kan zaman da berubah, 
dunia da maju.
online shopping la sekarang ni. 
tak payah la hangpa nak pikir 
nak-pakai-baju-apa- nak-pakai-make-up-tebal-ke-nipis- nak-pakai-high-heels 
konon nak bagi jantan luaq sana dengaq ang jalan ketuk-ketak-ketuk-ketak. *bunyi heels :)


memandangkan minyak pun dah naik.
duk umah kann senanggg........
baju tidoq ang boleh pakai dari bangun tidoq tengahari sampai la nak tidoq malam tu balik
ang tak payah pakai make up. tahan la make up ang tu untuk beberapa bulan seterusnya.
ang tak payah pakai heels sebab nanti in future kaki ang tu meraung-raung sakit.

dan.. 
tadak sapa kesah pun ang nak pakai camna bila di rumah. :D


tapi. bil elektrik naik la pasal dok online 24jam.
aku online pun duk rajin google pasal sekian-sekian.
dulu rajin blogwalking.
sekarang rasa macam malas.
lecturer computer aku ckp xdak pekdah. 
haha.
itu pendapat masing2 la madam. 

okay, aku duk umah ni sejak bulan february.
serious shit rase bosan nak mati.
so aku pun keje lah.
part time ajooo. 
gaji tade banyak mane pun.
syukur je la.

balik keje malam.
syok gila wohh drive malam2 pasal kereta tak banyak.
kalo mate tak ngantuk lg, ha mule la laptop menyala.
meneruskan research aku yang sebelum ni tak dan nak baca.
sambung baca balik. tehee.
aku jenis kalau online bukak tab gila banyak.
memang lebih dari 10tab. 
*takley nak delete la, sume penting belaka. :D
sehari baca pun tak habis.

sekarang ni rajin online shopping.
dalam bulan 5 ni aje, da lebih RM300 aku belanje.
tak tipu.
bukannye aku beli baju ke, handbag ke, kasut ke.
tapi entah...beli bende lain.
bukan handphone ye..haipp..
kalau handphone aku prefer COD. =p
cukup2 la.
duit tu susah nak dapat, tapi senang nak kuar kan?
mentang2 la just duduk rumah, then transfer duit ke account orang tu.
so duit tu tak nampak.
kalau beli kat luar, mesti rasa sayang nak hulur duit kan.
siyes oo, kalo kat luar aku pikir dua tiga kali time nak hulur tu. haha
ainnnn! sile sayangi duit gaji anda!




dulu mase first dapat gaji, aku takde lar excited sampai macam ni. 
sebab dapat sikit kot. tehee.
haippp, syukur2. 




big money deluxe. 
syok woohh men game ni. 




lastly, aku bukan mata duitan.

pendek tapi mendalam.
hoho.

Tuesday, May 10, 2011

.

Sunday, March 20, 2011

i am me and forever will be.

Where were you when she was breaking down,
When she needed you to be around?
Did you see her fall down to the ground,
Missing how you used to sound?
Where were you on those lonely nights,
When she wanted to escape her plight?
Did you look back on her ruined life,
And see her end it with a knife?
Where were you when she cried those tears?
Why did you not soothe her fears?
And when the months turned into years,
Why were you still never there?





















Where were you when I needed saving from myself? 

 You can't stop the pain in my heart.
Nor the tears running out of my eyes.
You can't stop the depression i've had for a years.
You can't help me breath when I stop breathing.
You can't stop the love I have for someone that isn't healthy for my heart.

You can't stop the sickness I feel inside me.
You can't strengthen my weak body.
You can't stop my body from aching.
The only one that can fix me, is the person that made me this way.
Dont try making me feel better, you can't. 
















.DEAR GOD.
Dear God, the only thing I ask of You
Is to hold him when I'm not around, when I'm much too far away
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
iskk. LDR is totally sucks.

Saturday, March 12, 2011

melayu vs black awang


dah takde melayu sangat ke kat main campus sampai nak amik 'awang hitam' ni jadi model? =.="
kecik hati kami........

 


Sekian terima kasih. wekk ;p