Friday, July 12, 2013

being this way is better


“Ya Allah jadikanlah hamba-Mu ini mencintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman mencintaiku.” 


Biar berjauhan asalkan hati tak berubah,,,biar tak jumpa asalkan hati tak lupa...
"Jika betul kita sayangkan dia tapi kita belum mampu jaga dia,,, maka bangunlah berjaga di malam hari minta Allah yang jagakan dia dulu buat sementara waktu..." 

























Jika RINDUKAN SESEORANG , PEJAMKANLAH MATA dan UCAPKANLAH :

" Ya Allah Aku rindukannya keranaMu Ya Allah , Jauhkanlah daku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepadaMu . Aku semakin mengerti, ‘JARAK’ ini bukan untuk menghukumku..tetapi ‘JARAK’ ini untuk MENJAGA aku dan dia..

✿~ Dengan ‘JARAK’ ini aku dan dia berjanji untuk BERUBAH menjadi yang lebih baik..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MEMPERBAIKI cinta kepada Ilahi..
✿~ Dengan jarak ini aku dan dia berjanji untuk MENCINTAI Pencipta kami lebih dari segalanya..
✿~ Dengan JARAK ini aku dan dia berjanji untuk MENDALAMI Islam hingga ke akar umbi..
✿~ Dan Dengan JARAK ini jua aku dan dia yakin andai tiba saatnya nanti, aku dan dia akan LEBIH BERSEDIA untuk melayari semua ini dengan jalan yang diredhai..

Terima kasih ya Allah kerana memberi PELUANG kepadaku melalui jalanMu ini..terima kasih kerana memberikan JARAK itu kepada aku dan dia.."

amin...

RPM watches



sesuai la budak2 automotive cam aku ni pakai.. hahaha...
sumpah sangat la styleee~ 
jam lama pon dah rosak. 
duit kene tunggu long sem baru masuk.
ade sape2 nk belanje tak?
birthday pon lg 30hari je lg. kihkihkih

ketenangan....

















Awak...
Ya. Awak yang tengah baca ni.
Saya tahu, jauh di sudut hati awak,
Ada rahsia yang tersimpan.
Ada tangisan yang tersembunyi.
Ada harapan yang terlukis terang.
Namun di situ, awak memilih untuk senyum.
awak bertahan dalam diam.
awak yakin dengan doa.
Tapi saya percaya di sebaliknya..
Awak kongsikan segalanya pada DIA yang lebih mengerti.
Awak menangis dihadapanNya yang jauh lebih memahami,
Awak serahkan hati awak sepenuhnya.

Hanya untuk DIA.
Sebab itu awak nampak tabah dan tenang menghadapi semuanya.
kerana hatimu teguh bersama Pencipta..


:)

“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu, isteri-isteri(pasangan) dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.” (Ar Rum:21)





n o t a k a k i : 

1) Tahajjud, Taubat, Hajat (istiqamah, insyaAllah)
2) Balas jasa ibu bapa.
3) Kenang dosa-dosa lalu.
4) Nok beli rumah weii...target kerja setahun dua, terus beli rumoh
5) NIKAH. tentulah niat kerana Allah SWT :)


selanjutnya..
http://mutiaraislam.wordpress.com/2009/05/09/mawaddah-warahmah/

 


Sekian terima kasih. wekk ;p