Tuesday, May 28, 2013

"... Ya Allah, tutupkan perasaan aku terhadap dia yang tidak menghargai dengan sedaya usahaku sekalipun. Dan titipkan dan bukakanlah perasaan aku terhadap dia yang tidak pernah jemu menunggu walaupun sedaya usaha aku menolaknya ..."

Thursday, May 23, 2013

"Bila mana hati kamu keras, kamu susah mendengar nasihat orang lain.
Maka, lembutkan hati yang keras itu dengan alunan zikrullah dan ayat-ayat suci Al-Quran."







  Dont lose hope. Keep praying, Ain.


Kadang2 kita terbangun awal, kita cadang nak bangun 5.00 pagi tapi Allah kejut kita pukul 1.30 pagi. Kita tengok2 jam masa tu baru pukul 1.30 pagi. Masa tu terdetik dalam hati kita, “em, awal lagi la, tidur dlu lah pukul 5 pagi satgi la baru bangun”, tapi rupa-rupanya nak bangun pukul 5.00 pagi tu pun liat jugak, tahu tak sebab apa? Sebab kita rasa perancangan kita lebih baik, walhal kalau waktu tu kita bersangka baik dengan Allah, walaupun Allah kejut kita pukul 1.30 pagi, mungkin masa tu la sebenarnya waktu yang paling mustajab dan doa kita dimakbulkan oleh Allah. Pesanku, kita tak payah set nak bangun kul bape tapi berdoalah pada Allah, “Ya Allah, masa doa paling mustajab malam ini Engkau kejutlah aku.” Kalau awal Allah bangunkan kita, syukur dan raikan, layanlah baik-baik panggilan dari Allah. Kasihnya Allah pada kita kan..

sumber: Facebook

"INI DIA LELAKI HEBAT NAMANYA"

Lelaki HEBAT tidaklah diukur dari seberapa banyak ia telah menaklukkan hati wanita.
Tidak pula diukur dari seberapa banyak ia memiliki wanita dalam hidupnya.
Tidak pula diukur dari seberapa banyak wanita yang berusaha memperebutkannya.

Akan tetapi ia adalah seorang lelaki :

✓ Yang mampu menolak cinta banyak wanita hanya demi seorang wanita yang dicintainya.

✓ Yang mampu meneguhkan hatinya hanya demi seorang wanita yang dicintainya.

✓ Yang mampu memuliakan dan menjaga hati seorang wanita yang dicintainya.

✓ Dan yang mampu untuk selalu setia hati hanya untuk seorang wanita yang dicintainya.


Ketika ia telah berketetapan hati untuk menjatuhkan pilihan kepada seorang wanita.
Maka hanya dialah satu-satunya wanita yang akan menjadi pendamping hidupnya.
Yang akan selalu disayanginya sampai ajal memisahkan mereka.

Ketika ia kaya pun..
Maka ia tak akan mudah berpaling pada wanita yang lain.
Itu baru lelaki HEBAT namanya.

Tuesday, May 21, 2013

Exam Tilawah 2 . 21 May 2013







Exam Tilawah 2 . 21 May 2013


Tengah baca2 Al-Quran tu, then Ustaz suruh stop. Dia tanya tajwid.

Ustaz:               Ha dekat situ hukum dia apa?

Aku:                  Idham Mislain.

Ustaz:               Kenapa kamu cakap hukum dia Idham Mislain? Huruf ape ade kat situ?

Aku:                 Sebab ade Mim mati bertemu dengan Mim.

Ustaz:               Okay. Teruskan baca.


Then ustaz suruh stop lagi.


Ustaz:               Ha dekat situ hukum dia apa?

Aku:                 Emm…mad…...........kejap…kejap..(otak tengah pikir)

Ustaz:               Mana ada Mad Kejap.

Aku:                 Mad Wajib Muttasil.

Ustaz:               (dahi berkerut) betul ke Mad Wajib?

Aku:                 Eh, Mad Jaiz Munfasil.

Ustaz:               Kamu ni.. pakai sebut je Mad Wajib la, Mad Jaiz la. sekarang kamu pilih satu je jawapan.

Aku:                 Err…erm…mad wajib, mad jaiz…mad wajib, mad jaiz…(tengah pikir lg)

Ustaz:               Pilih satu je jawapan kamu. Macam jugak dalam ramai-ramai lelaki, satu je lelaki yang kamu pilih.  Mana boleh pilih banyak-banyak. Haa Mad Wajib ke Mad Jaiz? Ni dah ade calon ke belum? Ke takda lagi?

Aku:                 Ustaz, saya tengah pikir ni ustaz. (ustaz psycho betul, tgh duk pikir boley die pi tanya pasal calon pulak.)

Ustaz:               Sekarang bukan waktu menghafal. Ha kamu pilih cepat jawapan mana.

Aku:                 Mad Jaiz Munfasil. Sebab huruf Mad bertemu dengan Hamzah dalam dua kalimah.

Ustaz:               Betul ni? Sebab apa?

Aku:                 Betul ustaz. Sebab huruf Mad bertemu dengan Hamzah dalam dua kalimah.

Ustaz:               Okay dah habis.

Aku:                 Dah habis ustaz? Sikit benor bace.

Ustaz:               Habis kamu nak baca lagi? Dah2 la tu.

Aku:                 Okay terima kasih ustaz.




mood aku sekarang: stress,tension,xley study pasal duk fikir bende lain. 

Thursday, May 16, 2013

the one


If a man is brave enough to love you after you broke his heart
i guarantee you, he is the one.

:)

Wednesday, May 15, 2013

the sweetest things ever















“Ditemui kamu kerana jodoh dan ketentuan-NYA.
Diterima kamu kerana istikarahnya.
Dinikahi kamu kerana agama.
Dicintai kamu kerana Allah.
kamu akan menjadi jawapan pada doanya.
Harapannya yang dimakbulkan.
Permintaannya yang ditunaikan.
Sabarlah menanti.
Insyaallah, suati hari nanti.
Jika Allah mengkehendaki,
Maka tidak adalah tangan manusia yang berhak menghalangi."
Untuk kamu.

Monday, May 13, 2013

wedding



weheee...excited dapat kad jemputan walimatulurus daripada coursemate. 
congrats dear..umur 21 dah jumpa tulang rusuk dia.. 
aku ni entah bila la.. :) 

 


Sekian terima kasih. wekk ;p