JELI: Seorang murid perempuan Tahun Empat meninggal dunia pagi semalam akibat mengalami pendarahan dalaman selepas duburnya dipercayai dimasuki lintah ketika mandi di sungai berdekatan rumahnya dekat Gemang di sini.
Siti Nazirah Abd Kadir, 10, dikatakan ke sungai itu bersama sepupunya, Hayati Idris, 11, selepas menjalani latihan sukan di Sekolah Kebangsaan (SK) Gemang, kira-kira jam 4 petang kelmarin.
Bapanya, Abd Kadir Safei, 44, berkata Siti Nazirah mengadu kesakitan di dubur sebaik pulang ke rumah, kira-kira jam 5 petang. Berikuta itu, ibu mangsa, Mariam Yakob, 34, membawa anaknya ke tandas dan terkejut apabila menemui seekor lintah diselaputi darah dalam seluar Siti Nazirah.
Abd Kadir berkata, beliau yang ketika itu bertukang di rumah saudara berdekatan, bergegas pulang selepas isterinya memaklumkan Siti Nazirah mengalami pendarahan berterusan.
Katanya, Siti Nazirah dibawa ke Hospital Jeli, tetapi dirujuk ke Hospital Tanah Merah sebelum dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu.
Beliau berkata, anaknya disahkan meninggal dunia, kira-kira jam 9 pagi semalam akibat pendarahan dalaman.
Jenazah anak kedua daripada tiga beradik itu, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Gemang selepas solat Zuhur.
___________________________________________________________________________
ya Allah, sangat kesian dekat budak tu. baru darjah empat weyhhhh.
ape yang die tau budak umur 11 tahun?
aku cuma tak sangka dia meninggal dunia dengan cara macam tu. iskkkk.
dulu time kecik2 memang penah dengar kalau lintah masuk tang tu memang boleh mati.
sakit kotttt!! takziah buat keluarganya.
aku bace tajuk tu kuat2 bagi mak aku dengar. then mak aku datang ke pc nak baca.
mak aku pun kesian dengan budak tu.
"lawa budaknye..." mak cakap.
tibe tibe mak aku cite yang die penah ade kes serupe camtu gak. tapi bukan lintah, tapi pacat. (apsal banyak tapi tapi ni). mak aku cakap, die rase pacat tu gigit dekat peha belah depan. bila tengok, ade kesan gigitan pacat tu. tapi pacat tu missing in action pulak.
aishhh maen aci nyorok pulak ye sang pacat. (sang pacat? bunyi ta sedap!)
mak aku da cuak. takot pacat masuk lam badan. then mak decided satu benda.
mak aku minum ubat cacing banyak2. biar pacat tu mati. eh pacat dengan cacing bukan lain ke? ahhh! ;p
mase tu mak aku cakap dia tengah mengandungkan anak ketiga. oh abang aku yang pendiam tu. yang paling pandai tu. agaknya sebab tu kot dia jadi mcm tu. (aku rase la)
budak terlebih pandai disebabkan cacing masuk lam pewut. owwwhhh!
sekarang da jadi pensyarah da. alhamdulillah.
p/s: yeee, aku tak sepandai abang aku ok. time spm pn aku main main je. nak xnak je study. so terima la hakikat ain! sampai tantan igtkan aku spm lagi berape ari je lg. sampai rahim nasihatkn aku. tapi aku still x sedar kan akhirnya. dengan aku bz kenduri abg aku. dengan tok aku buat hal. tapi mmg salah aku la main main lagi. heeee.. ;) aku cume nk cpt abes skola. da xlarat da time tu! ape nk jd jd la. (akibat kuar asrama) ;p klo duk asrama stret a kot. muahhaahaa. ;p
abg ak lagi pandai laaa! tapi macam mane time spm dia punya tasawwur islam dapat b? hairan hairan! tergelak aku!
p/s: result aku pun bese2 je. abang aku lagi terer weh. die budak paling pandai dalam keluarga encik Burhanudin. budak mrsm gerik n taiping. femes la skola ni. benci. aku budak mrsm pasir salak n transkrian ape? xdpt stret a pun. hagagaga!
so balik umah, aku da tau expressi muka mak abah aku.
tak terkejut. tak kecewa. sedang sedang sahaja.
kesian aku kan.
huhu.
tapi ok la mak abah aku TAK PENAH compare antare aku n adek bradik.
sangat syukurr.
p/s: cukup tak sangke result aku same dengan mirul! subjek yang die a, aku pun dpt a. subjek yang die b, aku pun dpt b.
sejibikkkk siott! cume name kitorang je lain atas slip tu. sape tiru sape neh? ok dia lahir taun 91. dia spm 2008. dia menang. ;p
eh eh cakap pasal abg aku. rindu pulak kat die. time kecik kecik selalu berebut bantal busuk aku. ada sepasang ok. mak aku jahit. kaler hijau. dia salu amek satu, aku amek satu. tapi aku takleh tido kalo takde duadua.
satu letak kat kepala, satu kena peluk. itu WAJIB!
sebab tu klo die amek bantal aku, aku akan rebut ngan die sampai dapat!
penah beberape tahun lepas aku nampak sowang pompuan ni pakai baju design same ngan bantal busuk aku tu kat pasar malam. siyes gelak gile2! buruk tau x ko pakai kain tu. mcm mane ley bwat baju tah? muahahahahaa.
haritu ade terbace dalam mega. ade orang yang sampai dewasa xleh buang bantal busuk die. kalo xde bantal busuk xleh tido. tapi aku tak!
macam mane aku ley buang tabiat ade bantal busuk tu bile aku da besar? senang ajee! :P
citenye gini......
bile aku membesar, aku start bela kucing.
bile aku sayang kucing, aku letak kucing atas bantal aku tu. suro die tido ats tu.
bantal kesayangan + kucing kesayangan = sayang BANYAAKKKK laaa!! :D
bile mak aku nampak, mak aku cakap kotor. kucing tu merendek merate rate.
bile mak aku cakap kotor, nak tak nak aku da takleh pakai bantal tu dah.
bile da takleh guna, simpan dalam almari.
bile simpan dalam almari, bikin semak umah je.
bile da bikin semak umah, last last bantal tu masuk API.
jadi laaa abu. sekian. :D
aku pun x perasan bile mak aku bakar. sedar2 ble tnye mak, dengan slumbernye mak ckp da kene bakar. ohhh terima kasih! :D
Thursday, March 11, 2010
Murid Tahun Empat maut lintah masuk dubur
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 bebelan:
Post a Comment