Wednesday, May 15, 2013

the sweetest things ever















“Ditemui kamu kerana jodoh dan ketentuan-NYA.
Diterima kamu kerana istikarahnya.
Dinikahi kamu kerana agama.
Dicintai kamu kerana Allah.
kamu akan menjadi jawapan pada doanya.
Harapannya yang dimakbulkan.
Permintaannya yang ditunaikan.
Sabarlah menanti.
Insyaallah, suati hari nanti.
Jika Allah mengkehendaki,
Maka tidak adalah tangan manusia yang berhak menghalangi."
Untuk kamu.

Monday, May 13, 2013

wedding



weheee...excited dapat kad jemputan walimatulurus daripada coursemate. 
congrats dear..umur 21 dah jumpa tulang rusuk dia.. 
aku ni entah bila la.. :) 

Sunday, February 10, 2013



mata bengkak sebab allergic.

Saturday, February 9, 2013

silamat tahun baru lai lai!

Assalamualaikum!

Post terbaru pada tahun 2013. dan tiada post pada tahun 2012.

Aku malas nak taip. Bz sgt2. Sometimes bila nak taip, aku rasa tak perlu orang lain tau. Cukup aku sendiri yang mengalami pengalaman tu.





Cuti Raya Cina ni aku tak balik. So, I called my mum. Sembang2 kejap. Tetibe dah masuk bab kahwin.





Aku: Mak, minggu depan In Shaa Allah duit study masuk.
Mak: Haa, jimat-jimat la sikit. Jangan beli benda bukan bukan.
Aku: Memang nak jimat pon. Nak simpan duit buat kahwin. Hahahahaha *gelak*
Mak: *gelak* Dah jumpe ke? Dah ada calon dah? Yang haritu mcm mne? Ade perkembangan? 
Aku: Mak niii. *gelak*. Takde perkembangan pon pasal dia. Takde calon lagiiiiii. Belum belummmmmmm. Haha



Aku happy aku dah boleh start cakap dengan mak aku pasal kahwin. Kalau sebelum ni, mak aku macam taknak layan. Yela, die tengok anak dia macam budak2 je lagi. Tapi sekarang, kalau nak kahwin time study pon boleh. Asalkan laki tu bekerja sebab nak tanggung aku, dan JANGAN AMBIL ORANG PUNYA! Mak aku cukup takot anak2 dia ada ambil laki orang. Memang aku tak la, sbb aku akan pikir mcm mane sakitnye perasaan anak bini laki tu, walaupun laki tu sendiri xrasa sakit.



Aku tak berani nak mulakan first move. Maluuuuuu, sebab aku pikir aku pompuan. Aku cuma berdoa dari jauh. Memang kalau ada yang propose aku, aku x cakap banyak terima je dengan syarat mendapat izin mak ayah aku. Lagipun, duitku dah ada, kerjayaku dah ada walaupun study belum habis. Alhamdulillah, slow2 membina kehidupan dewasa kelak.
Dah nampak sikit2 walaupun tak semuanya complete. hehe. :) 


********************************************************************************

Aku join one of Censerve Club, pegi Kampung Orang Asli. dan rata2 nye senior dan semua dah berpunye. Semuanya aku tengok matang2 belaka, dan boleh kahwin dah. First time aku join program universiti. Rasa lain sebab semua benda kena buat sendiri. Kalau program sekolah, ada cikgu yang jadi pengiring. Tapi bile dah kat U ni, semua kena berdikari. Pengalaman masuk kampung memang best dan aku akan menyesal kalau aku wat keputusan xnak pegi aritu.  Sebab aku belajar banyak bende. Sangat banyak.


Banyak benda aku nak taip sebenarnya, but sometimes it's too private. dan melibatkan orang lain.


Aku yang slowly berhijrah,
-toink-

Saturday, November 19, 2011

Masa first day aku keje dekat petaling jaya, first time aku masuk meeting room macam gini. gabra gile dowh. memang aku jenis darah gemuruh kat mana-mana tempat baru. 

gugeellll. 


sekarang, setiap kali masuk dah tak takut macam mula-mula dulu. kadang-kadang diorang sambut birthday dalam ni. best dapat makan kek. ;pp



baru genap sebulan keje, dah macam-macam benda jadi.



Carol : "You, young girl. I heard Tania is bullied u right? Why don't chu tell me? I heard from my assistant Intan, you know. I'm GM here. Everything happened in Digi EB Department, I am the first person to know. Okay?" 





this is what we called 'life'.

abang kepada encik boyfie kerja dekat sini juga. hihi  :p

Wednesday, October 12, 2011

aishiteru weh. hahaha









salam perantauan dari kami. hihikk



berhenti berharap

aku dah berusaha. dan kali ni aku mengalah. aku berhenti berharap. selepas setahun lebih, aku taknak terus-terusan memperbodohkan diri aku. okay, aku tak setabah Shaggy tunggu awek dia 4tahun. okbai.











bye A. bye mimoroy. bye UMP. 
pagi aku tak berendam air mata lagi. 

Sunday, August 28, 2011

argh aku busy la ! takde mase hookaii !

Assalamualaikum.
okay anggap la ni satu tazkirah Ramadhan.
saje nak share.


Allah S.W.T cipta kita semua same saje.
kenape takleh wat ibadah? takde mase? 
kita sibuk? Nabi Sulaiman lagi sibuk beb!
kita rasa dugaan yang menimpa kita sgt berat? Berat lagi dugaan Nabi Ayub.
kita rasa kita sangat hensem dan kacak? Nabi Yusuf lagi berganda-ganda kacaknya.

jom bace kawan-kawan. ^_^


Siapakah orang yang sibuk?
Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s

Siapakah orang yang rugi?
Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan...


Tersebut dalam hadis, bahawa ada empat golongan yang bakal diseru dan disoal oleh Allah s.w.t di akhirat kelak. Empat golongan itu akan dibandingkan oleh Allah s.w.t dengan empat golongan yang lain pula. Perbandingan itu dilakukan oleh Allah s.w.t bagi menyangkal segala dalih dan alasan yang dibuat oleh empat jenis manusia itu.
Mula-mula Allah s.w.t memanggil golongan hartawan ataupun tokoh-tokoh yang sekarang dikenali sebagai golongan korporat yang menguasai kekayaan negara, serta golongan berpengaruh disebabkan pangkat dan kedudukan mereka ataupun kuasa sebagai pemerintah dalam sebuah kerajaan, sehingga kerananya mereka sangat dikenali dan disanjung serta disegani oleh masyarakat ramai. Allah s.w.t mengemukakan satu soalan kepada mereka, “Wahai golongan hartawan dan golongan yang memiliki kekuasaan, apakah yang memasghulkan (menghalang) engkau daripada beribadah kepada Allah?”
Dalam suasana kesenangan disebabkan kekayaan yang melimpah ruah, serta kekuasaan yang dimiliki namun mereka masih juga tidak melaksanakan ibadah, sebaliknya mencuaikan solat fardhu dan kadang-kadang tertinggal terus. Sepatutnya kesenangan dan kemewahan itu membantunya beribadah, kerana segala kemudahan untuk mengerjakan ibadah dapat diadakan dengan duit ringgit serta pengaruh kedudukan yang mereka miliki itu. Namun keadaan sudah menjadi sebaliknya.
Dengan rasa amat berat golongan tersebut terpaksa juga menjawab soalan yang dikemukakan kepada mereka, “Wahai Tuhanku, sesungguhnya Engkau telah mengurniakan kekayaan dan kekuasaan kepadaku, tanggungjawab itu terlalu besar dan berat menyebabkan aku sibuk dengannya. Beban itu mendatangkan masalah bagiku kerana ia mengganggu aku untuk berbakti dan beribadah kepada-Mu.” Demikianlah manusia itu berdalih.
Allah s.w.t bertanya lagi kepada mereka, “Jika kekuasaan dan kekayaan yang engkau miliki telah mengganggu engkau untuk beribadah kepada-Ku, manakah lebih besar kekuasaan yang engkau miliki dengan kekuasaan yang ada pada Nabi Sulaiman?”
Pertanyaan Allah s.w.t itu menjadi suatu tamparan hebat kepada golongan itu, kerana mereka tahu bahawa kerajaan Nabi Sulaiman adalah sebesar-besar kekuasaan memerintah yang telah Allah kurniakan kepada manusia. Tidak akan ada kerajaan yang sebanding dengan kerajaan dan kekuasaan yang dimiliki oleh Nabi Sulaiman selepas itu. Ini kerana Nabi Sulaiman bukan sahaja memerintah manusia tetapi juga segala jenis haiwan yang melata, kerana baginda memahami bahasa haiwan yang kerap berdialog dengannya. Luasnya takluk rantau kekuasaannya sehingga udara yang bergerak di ruang angkasa. Kesemuanya berada di bawah pemerintahan Nabi Sulaiman. Angin berhembus menurut arah yang diperintahkan oleh Nabi Sulaiman, ataupun berhenti berhembus jika Nabi Sulaiman menghendaki demikian.
Golongan hartawan dan juga mereka yang berkuasa terpaksa mengaku, “Bahawa kerajaan Nabi Sulaiman lebih besar daripada kerajaanku.” Kemudian Allah s.w.t menempelak golongan tersebut, “Jika Nabi Sulaiman yang begitu besar kerajaannya dan sangat sibuk dengan berbagai-bagai tugas dan tanggungjawab, namun segala tugas dan tanggungjawab yang begitu besar itu tidak pernah mengganggunya daripada beribadah kepada-Ku. Mengapa engkau yang dikurniakan sedikit kekuasaan dan juga kekayaan lupa beribadah kepada-Ku?”
Terbukti sudah segala dalih dan alasan golongan orang yang memiliki kuasa dan juga kekayaan yang tidak seberapa itu, tidak dapat diterima oleh Allah s.w.t. Apa yang sebenarnya berlaku ialah sikap manusia golongan itu yang lupa kepada kurniaan Allah. Mereka tidak bersyukur dan tidak beribadah kerana dilalaikan oleh harta benda dan pengaruh pangkat yang mereka miliki. Mereka lupa bahawa segala kurniaan Allah s.w.t berupa kekuasaan dan kekayaan adalah amanah-Nya semata-mata.
Segala sesi soal-jawab dengan golongan hartawan dan orang yang memiliki kekuasaan sebagai pemegang kerajaan sesuatu negara, Allah s.w.t bertanya pula kepada malaikat-Nya, “Dimanakah manusia-manusia yang telah ditimpakan bala?” Kemudian para malaikat mengiringi orang-orang yang ditimpakan bala datang menghadap Allah dengan berbagai-bagai cara.
Sesungguhnya bala yang ditimpakan kepada manusia itu berbagai-bagai jenis dan cara, ada yang ditimpakan bala kehilangan harta benda disebabkan bencana yang diturunkan oleh Allah s.w.t seperti taufan atau gempa, ada yang ditimpakan bala dengan pelbagai penyakit yang luar biasa sehingga mereka terlantar tidak dapat bergerak dan berbagai-bagai lagi. Kemudian Allah s.w.t bertanya kepada mereka, “Apakah bala petaka yang menimpa mereka sehingga mereka lupa mengerjakan ibadah kepada Allah s.w.t?” Lalu orang itu menjawab, “Wahai Tuhanku, bukankah Engkau yang telah menimpakan berbagai-bagai jenis bala kepadaku yang ‘afaat (kemusnahan) dan juga ‘ahaad(kecacatan). Maka dengan bala yang menimpa diriku itulah yang menyebabkan aku tidak dapat beribadah kepada-Mu, wahai Tuhanku.”
Kemudian Allah s.w.t bertanya lagi, “Setakat manakah bala yang menimpamu jika dibandingkan dengan bala yang menimpa Nabi Ayub a.s?”
Kisah Nabi Ayub a.s yang diuji oleh Allah s.w.t dengan penyakit, seperti penyakit kusta. Sehingga ada kitab yang menceritakannya secara berlebihan, seperti kitab ‘Qishashul Anbiya’ dalam bahasa Melayu yang kurang diketahui identiti penulisnya. Gaya penulisannya yang keterlaluan tanpa sandaran nas yang sahih, hingga boleh menimbulkan salah anggap dan boleh menjatuhkan martabat Nabi Allah itu.
Memang Nabi Ayub telah diuji oleh Allah s.w.t dengan penyakit. Walau bagaimanapun, seorang nabi mempunyai peranan untuk mengajar dan memimpin manusia. Sekiranya seorang Nabi Allah telah digambarkan dengan gaya penulisan yang keterlaluan sehingga tidak layak bagi seorang nabi dikhuatiri ia ada unsur Isra’iliat di dalamnya.
Kaum Yahudi sepanjang sejarah terkenal sebagai suatu kaum yang sangat kuat memusuhi para nabi dan rasul yang diutus oleh Allah s.w.t. Tidak dapat disangkal kemungkinan adanya campur tangan Yahudi dalam penulisan kisah nabi-nabi yang diolah secara berlebihan dan menjijikkan itu. Namun apa yang hendak disimpulkan disini, bahawa dalam keadaan Nabi Ayub a.s menerima musibah dan dibalakan dengan sakit kulit seperti penyakit kusta itu, ia tidak menghalang baginda daripada beribadah kepada Allah s.w.t. Maka alasan orang yang tidak melakukan ibadah kerana sakit adalah alasan yang tidak dapat diterima oleh Allah s.w.t.
Kemudian Allah s.w.t mengadakan sesi soal jawab dengan golongan remaja pula. Alam remaja adalah saat yang penuh cabaran, dugaan dan godaan. Alam remaja penuh dengan kejutan apabila Allah s.w.t mendatangkan suatu pengalaman baru yang tidak pernah wujud di zaman kanak-kanak. Semasa zaman kanak-kanak, mereka boleh bermain dan bergurau senda antara kanak-kanak lelaki dan perempuan. Tetapi apabila menjelang ke alam remaja, mereka dikejutkan dengan suatu perasaan yang luar biasa. Antara dua insan yang berlainan jantina itu timbul suatu keinginan baru, di mana mereka saling memerlukan antara satu sama lain. Pengalaman baru itu wujud kerana Allah s.w.t telah mengurniakan keinginan nafsu kejantinaan.
Perasaan saling memerlukan antara lelaki dan wanita itu adalah cabaran baru yang boleh membawa padah. Nafsu keinginan yang tiba-tiba muncul dalam diri mereka sebaik sahaja mereka meninggalkan alam kanak-kanak, boleh mendorong mereka bertindak di luar batas peraturan. Hanya orang yang telah diasuh dalam kehidupan muslim dan dalam ilmu syariat serta batas-batas akhlak Islam sahaja yang memiliki ketahanan untuk menghadapi cabaran dan godaan tersebut.
Walau bagaimanapun, tidak sedikit yang tewas dengan cabaran itu, hingga mereka terdorong menuruti segala tuntutan gelora remaja. Mereka hanyut dan khayal dalam keseronokan, sehingga mengabaikan kewajipan beribadah dan berbakti kepada Allah s.w.t. Mereka juga lupa tujuan asal hidup sebagai hamba Allah.
Keseronokan di alam remaja telah membuai perasaan mereka, hingga tidak terfikir lagi bahawa kesempatan menempuh alam remaja itu adalah ujian daripada Allah. Apatah lagi jika dia seorang remaja yang kacak dan tampan, serta gadis yang rupawan. Sudah tentu lebih besar ujian yang perlu dihadapi kerana mereka akan menjadi buruan orang-orang yang meminati mereka. Semakin mereka mendapat perhatian, semakin mereka dibuai perasaan, hingga akhirnya mereka lupa diri.
Di Padang Mahsyar, Allah s.w.t akan memanggil golongan remaja yang tidak melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap Allah. Mereka ditanya; setelah mereka diberikan kesempatan menempuh alam remaja, disamping dikurniakan dengan harta kekayaan, apakah yang menyebabkan mereka tidak melakukan ibadah serta ketaatan kepada Allah?
Anak-anak muda yang asyik dengan zaman remaja ini terpaksa menjawab pertanyaan Allah s.w.t dengan berterus terang; bahawa alam remaja yang ditempuhi itu sebagai suatu pengalaman baru yang begitu mempesonakan. Ketampanan dan kecantikan paras rupa itu membuai perasaan mereka sendiri. Akhirnya ia melalaikan mereka daripada mengingati serta melakukan ibadah kepada Allah.
Para remaja itu ditanya lagi; setakat mana ketampanan dan kecantikan yang mereka miliki itu jika dibandingkan dengan ketampanan dan kecantikan Nabi Yusuf a.s? Adakah para remaja itu lebih kacak daripada Nabi Yusuf? Sudah tentu tidak. Bahkan Nabi Yusuf lebih kacak sehingga ada pendapat ulama tafsir yang mengatakan bahawa separuh daripada kecantikan yang dikurniakan kepada manusia itu ada pada Nabi Yusuf a.s.
Lalu Allah menempelak golongan itu. Jika Nabi Yusuf lebih cantik dan kacak, sedangkan baginda taat dan beribadah kepada Allah. Tetapi mengapa para remaja itu menjadi sebaliknya?
Ketampanan Nabi Yusuf telah digambarkan dengan jelas dalam al-Quran khususnya dalam surah Yusuf. Ketampanan baginda itu mempesonakan permaisuri Raja Mesir yang bernama Zulaikha, seorang permaisuri kepada raja yang memerintahnegara besar seperti Mesir, mempunyai kedudukan yang tinggi. Dia terlupa akan kedudukannya sebagai orang yang dihormati oleh rakyat jelata, semata-mata kerana tergoda dan terpesona dengan ketampanan Nabi Yusuf yang tiada tolok bandingnya.
Permaisuri itu mempertahankan dirinya ketika menghadapi cemuhan khususnya daripada wanita-wanita Mesir, lalu memanggil wanita-wanita yang mencemuhnya itu datang ke istana. Masing-masing diberi sebilah pisau dan buah-buahan. Ketika wanita-wanita itu mengupas buah yang ada di tangan, Nabi Yusuf diperintah supaya berjalan di hadapan mereka. Para wanita itu bagaikan terkena sihir apabila melihat ketampanan dan kekacakan Nabi Yusuf yang belum pernah mereka lihat sebelum itu. Ia sangat mempesonakan dan menggoda sehingga mereka tidak sedar mereka telah terpotong tangan mereka sendiri. Akhirnya mereka tidak lagi mencemuh permaisuri Mesir itu kerana wanita mana sekalipun pasti terpikat dan terpesona dengan ketampanan Nabi Yusuf a.s.
Meskipun Allah s.w.t menganugerahkan ketampanan kepada Nabi Yusuf a.s, namun ia tidak menghalang baginda untuk berbakti dan beribadah kepada-Nya. Malah keimanannya tetap unggul ketika menghadapi godaan permaisuri Mesir yang sangat jelita itu. Oleh itu tidak ada dalih bagi remaja yang dibuai perasaan sendiri dengan kecantikan yang jauh terkebelakang dibandingkan dengan Nabi Yusuf a.s, sehingga boleh melalaikan mereka daripada beribadah dan mentaati Allah.
Sumber: FB





Lebih baik mata itu buta jika tidak menghargai keindahan dan ayat-ayat Allah s.w.t.
Lebih baik telinga itu pekak jika tidak mendengar nasihat-nasihat Allah s.w.t.
Lebih baik anggota badan itu mati jika tidak melaksanakan segala suruhan Allah s.w.t.
Barangsiapa mengaku empat perkara tanpa disertai dengan empat perkara yang lain, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa mengaku cinta syurga tetapi tidak beramal dengan ketaatan, maka dia adalah pembohong.
Barangsiapa yang mengaku cinta Rasulullah saw tetapi tidak cinta kepada ulama dan kaum faqir, maka dia adalah pembohong. Barangsiapa yang mengaku takut pada neraka tetapi tidak meninggalkan maksiat, maka dia adalah pembohong. Dan barangsiapa yang mengaku cinta kepada Allah swt tetapi berkeluh-kesah dari bala, maka dia adalah pembohong. -Al-Imam Ghazali

Tuesday, August 2, 2011

aku syukur

exam midsem baru saje selesai sabtu lepas.
lepas abis exam, basuh baju.
da sidai sume, main game sampai subuh hari ahad.
siyesss ketagih game sekarang. pastu henpon campak entah mana mana.
masa tengah main game, kalau dpt message, aku lebih suka baca je. kalau penting sgt aku reply sekali je.
lepas tu aku wat bodohh. sambung main game. lantak ekau la. game lagi berganda-ganda best dari awak kot. hee
*dulu da penah rase asyik message 24/7 tu mcm mane, tp skrg sy xnak sume tu. boleh?
hari ahad pulak, lepas subuh, gi mandi. bekfes. sambung baca buku motivasi. bila haku tido neh? kul 12 tghari. :D




buku yang ni haaa. dan hari ni baru abis khatam. yeaaaa. 
punye lame nak habiskan. pdhal beli sebelum exam lg. tangguh baca sebab nak study.

mission tak complete lagi.
sebab buku lagi satu tak habis baca lagi.
buku Hilal Asyraf :DDDDDDDDDDDDDDDDD
*tuu laa rakus sangat beli sampai dua buku dalam masa dua hari.
boley buku yang aku cari takde jual kat UIA, then esok pi cari kat MPH mid valley.
padahal semalam dah beli buku.  
memang tamak haloba-loba.


act aku wat entry baru sebab nak cakap
syukur sebab lulus Arab Level 2. wahahaha. dapat B+ jek!
arab aritu exam sekali dengan fzk 2.
arab kul 11. fzk kul 3. tensen woo. 
dalam bilik neh, empat-empat orang amek fzk.
so malam tu diorg stdy fzk jew, n aku kene stdy arab skali.
nak wat camne dah sem1 x blaja arab lg.
sem 2 - arab level 1.
sem 3 - arab level 2.


hello, sem 3 ni guna buku arab baru, kaler hijau, lagi susah dari yang buku lame kaler coklat ok?
dengan dapat lecturer foreigner nye.
aku sangat risau arab midsem sebab dalam kelas kadang2 aku lg banyak ternganga.
kadang2 tak paham apa dia cakap.
tanya kawan sebelah kiri dan kanan, diorg pun sama tak paham jgk. haha.
kadang2 bila dia wat lawak, kitorang sume gelak tak ikhlas sebab tak paham.
kalau paham bila dia wat lawak, gelak ikhlas la beb. :D

sangat risau midsem sampai takot fail.
sampai plan nak drop arab.
tapi bila pkir2 dah separuhhh jalannn, ain. 
teruskan je lahhh. 

dalam kelas, ustaz tu : 

'happy' dia sebut 'habby'
'happen' dia sebut 'habben'
'bermakna' dia sebut 'Bi-makna'
'the best way' dia sebut 'the sahih way' or 'the betul way'

tapi sumpah die lawak! muka dia mcm pink panther yang movie betul2 tu. bukan yang katun. 
tapi versi buncit lah. ;)

another subject yang risau dgn midsem ni organic chemistry. 
quiz dah laa fail. midsem pn nak fail jgk?
aku tatau pe aku jawap. byk gilaa tinggal. taktau buat n tak sempat jawap. :D
n aku rasa aku fail kali ni.
tskkkkk. ;((( 




UIA sgt tough. 




final nanti harap2 SEMUA lulus lah. 
amin.


Sunday, July 31, 2011

lelaki dayus =.="






Bab berkenaan suami dan tanggungjawab mereka terhadap isteri mereka dan anak-anak perempuan mereka.

Sebenarnya, bab ini agak panjang kerana terlalu banyak tanggungjawab suami dan ayah terhadap ahli keluarganya. Cuma bagi memudahkan kefahaman, tulisan ringkas ini akan fokus kepada satu isu terlebih dahulu. Iaitu siapa itu lelaki dayus yang dimaksudkan oleh Nabi SAW tidak akan masuk syurga.

Nabi SAW bersabda :-
ثلاثة لا ينظر الله عز وجل إليهم يوم القيامة: العاق لوالديه، والمترجلة، والديوث. رواه أحمد والنسائي
Ertinya : Tiga golongan yang Allah tidak akan melihat (bermakna tiada bantuan dari dikenakan azab) mereka di hari kiamat : Si penderhaka kepada ibu bapa, si perempuan yang menyerupai lelaki dan si lelaki DAYUS" ( Riwayat Ahmad & An-Nasaie: Albani mengesahkannya Sohih  : Ghayatul Maram, no 278 )

Dalam sebuah hadith lain pula :
 ثلاثةٌ قد حَرّمَ اللهُ - تَبَارَكَ وَتَعَالَى - عليهم الجنةَ : مُدْمِنُ الخمر ، والعاقّ ، والدّيّوثُ الذي يُقِرُّ في أَهْلِهِ الخُبْثَ . رواه أحمد والنسائي .
Ertinya : Tiga yang telah Allah haramkan baginya Syurga : orang yang ketagih arak, si penderhaka kepada ibu bapa dan Si Dayus yang membiarkan maksiat dilakukan oleh ahli keluarganya" ( Riwayat Ahmad )
Malah banyak lagi hadith-hadith yang membawa makna yang hampir dengan dua hadith ini. Secara ringkasnya, apakah dan siapakah lelaki dayus?

ERTI DAYUS
Dayus telah disebutkan dalam beberapa riwayat athar dan hadith yang lain iaitu :-
1)     Sabda Nabi : -
وعن عمار بن ياسر عن رسول الله قال ثلاثة لا يدخلون الجنة أبدا الديوث والرجلة من النساء والمدمن الخمر قالوا يا رسول الله أما المدمن الخمر فقد عرفناه فما الديوث قال الذي لا يبالي من دخل على أهله
Ertinya : Dari Ammar bin Yasir berkata, ia mendengar dari Rasulullah SAW berkata : " Tiga yang tidak memasuki syurga sampai bila-bila iaiatu Si DAYUS, si wanita yang menyerupai lelaki dan orang yang ketagih arak" lalu sahabat berkata : Wahai Rasulullah, kami telah faham erti orang yang ketagih arak, tetapi apakah itu DAYUS? , berkata nabi : "IAITU ORANG YANG TIDAK MEMPERDULIKAN SIAPA YANG MASUK BERTEMU DENGAN AHLINYA (ISTERI DAN ANAK-ANAKNYA) - ( Riwayat At-Tabrani ; Majma az-Zawaid, 4/327 dan rawinya adalah thiqat)
Dari hadith di atas, kita dapat memahami bahawa maksud lelaki DAYUS adalah si suami atau bapa yang langsung tiada perasaan risau dan ambil endah dengan siapa isteri dan anaknya bersama, bertemu, malah sebahagiannya membiarkan sahaja isterinya dan anak perempuannya dipegang dan dipeluk oleh sebarangan lelaki lain.

2) Pernah juga diriwayatkan dalam hadith lain, soalan yang sama dari sahabat tentang siapakah dayus, lalu jawab Nabi:-
قالوا يا رسول الله وما الديوث قال من يقر السوء في أهله
Ertinya : Apakah dayus itu wahai Rasulullah ?. Jawab Nabi : Iaitu seseorang ( lelaki) yang membiarkan kejahatan ( zina, buka aurat, bergaul bebas ) dilakukan oleh ahlinya ( isteri dan keluarganya) 
Penerangan Ulama Tentang Lelaki Dayus
Jika kita melihat tafsiran oleh para ulama berkenaan istilah Dayus, ia adalah seperti berikut :-
هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya : "seseorang yang tidak ada perasaan cemburu (kerana iman) terhadap ahlinya (isteri dan anak-anaknya) (An-Nihayah,2/147 ; Lisan al-Arab, 2/150)
Imam Al-‘Aini pula berkata : "Cemburu lawannya dayus" ( Umdatul Qari, 18/228 )
Berkata pula An-Nuhas :
قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya : cemburu ( iaitu lawan kepada dayus ) adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat (auratnya) oleh lelaki bukan mahram " (Tuhfatul Ahwazi, 9/357)
Disebut dalam kitab Faidhul Qadir :
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya : Seolah-olah takrif dayus itu membawa erti kehinaan (kepada si lelaki) sehingga apabila ia melihat kemungkaran (dilakukan) oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya"  ( Faidhul Qadir, 3/327 )
Imam Az-Zahabi pula berkata :-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya : Dayus adalah sesiapa yang menyangka ( atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji ( seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana CINTAnya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan ( yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 )
Imam Ibn Qayyim pula berkata :-
قال ابن القيم وذكر الديوث في هذا وما قبله يدل على أن أصل الدين الغيرة من لا غيرة له لا دين له فالغيرة تحمي القلب فتحمى له الجوارح فترفع السوء والفواحش وعدمها يميت القلب فتموت الجوارح فلا يبقى عندها دفع البتة
Ertinya : Sesungguhnya asal dalam agama adalah perlunya rasa ambil berat (protective) atau kecemburuan ( terhadap ahli keluarga) , dan barangsiapa yang tiada perasaan ini maka itulah tanda tiada agama dalam dirinya, kerana perasaan cemburu ini menjaga hati dan menjaga anggota sehingga terjauh dari kejahatan dan perkara keji, tanpanya hati akan mati maka matilah juga sensitiviti anggota ( terhadap perkara haram), sehingga menyebabkan tiadanya kekuatan untuk menolak kejahatan dan menghindarkannya sama sekali.
Dayus adalah dosa besar
Ulama Islam juga bersetuju untuk mengkategorikan dayus ini dalam bab dosa besar, sehingga disebutkan dalam satu athar :
لَعَنَ اللَّهُ الدَّيُّوثَ ( وَاللَّعْنُ مِنْ عَلَامَاتِ الْكَبِيرَةِ فَلِهَذَا وَجَبَ الْفِرَاقُ وَحَرُمَتْ الْعِشْرَةُ)
Ertinya : Allah telah melaknat lelaki dayus ( laknat bermakna ia adalah dosa besar dan kerana itu wajiblah dipisahkan suami itu dari isterinya dan diharamkan bergaul dengannya) (Matalib uli nuha, 5/320 )
Walaupun ia bukanlah satu fatwa yang terpakai secara meluas, tetapi ia cukup untuk menunjukkan betapa tegasnya sebahagian ulama dalam hal kedayusan lelaki ini.
Petikan ini pula menunjukkan lebih dahsyatnya takrifan para ulama tentang erti dayus dan istilah yang hampir dengannya :
والقواد عند العامة السمسار في الزنى
Ertinya : Al-Qawwad ( salah satu istilah yang disama ertikan dengan dayus) di sisi umum ulama adalah broker kepada zina" (Manar as-sabil, 2/340 , rawdhatul tolibin, 8/186 )
Imam Az-Zahabi menerangkan lagi berkenaan perihal dayus dengan katanya :-
الديوث وهو الذي يعلم بالفاحشة في أهله ويسكت ولا يغار وورد أيضا أن من وضع يده على امرأة لا تحل له بشهوة
Ertinya : Dayus, iaitu lelaki yang mengetahui perkara keji dilakukan oleh ahlinya dan ia sekadar senyap dan tiada rasa cemburu ( atau ingin bertindak), dan termasuk juga ertinya adalah sesiapa yang meletakkan tangannya kepada seorang wanita yang tidak halal baginya dengan syahwat" (Al-kabair, 1/45 )
Cemburu Dituntut Islam  & Jangan Marah
Ada isteri yang menyalahkan suami kerana terlalu cemburu, benar cemburu buta memang menyusahkan, memang dalam hal suami yang bertanya isteri itu dan ini menyiasat, saya nasihatkan agar isteri janganlah memarahi suami anda yang melakukan tindakan demikian dan jangan juga merasakan kecil hati sambil membuat kesimpulan bahawa suami tidak percaya kepada diri anda. Kerap berlaku, suami akan segera disalah erti sebagai ‘tidak mempunyai kepercayaan' kepada isteri.
Sebenarnya, kita perlu memahami bahawa ia adalah satu tuntutan dalam Islam dan menunjukkan anda sedang memiliki suami yang bertanggungjawab dan sedang subur imannya.
Selain itu, bergembiralah sang suami yang memperolehi isteri solehah kerana suami tidak lagi sukar untuk mengelakkan dirinya dari terjerumus dalam lembah kedayusan. Ini kerana tanpa sebarang campur tangan dan nasihat dari sang suami, isteri sudah pandai menjaga aurat, maruah dan dirinya.
Nabi SAW bersabda :
من سعادة ابن آدم المرأة الصالحة 
Ertinya : "Dari tanda kebahagian anak Adam adalah memperolehi wanita solehah ( isteri dan anak)" ( Riwayat Ahmad, no 1445, 1/168 )
Memang amat beruntung, malangnya tidak mudah memperolehi isteri solehah di zaman kehancuran ini, sebagaimana sukarnya mencari suami yang tidak dayus. Sejak dulu, agak banyak juga email dari pelbagai golongan muda kepada saya menyebut tentang keterlanjuran mereka secara 'ringan' dan 'berat', mereka ingin mengetahui cara bertawbat.
'Ringan-ringan' Sebelum Kahwin 
Jika seorang bapa mengetahui 'ringan-ringan' anak  dan membiarkannya, ia dayus. Ingin saya tegaskan, seorang wanita dan lelaki yang telah 'ringan-ringan' atau 'terlanjur' sebelum kahwin di ketika bercinta, tanpa tawbat yang sangat serius, rumah tangga mereka pasti goyah. Kemungkinan besar apabila telah berumah tangga, si suami atau isteri ini akan terjebak juga dengan 'ringan-ringan' dengan orang lain pula.
Hanya dengan tawbat nasuha dapat menghalangkan aktiviti mungkar itu dari melepasi alam rumah tangga mereka. Seterusnya, ia akan merebak pula kepada anak-anak mereka, ini kerana benih 'ringan-ringan' dan 'terlanjur' ini akan terus merebak kepada zuriat mereka. Awas..!!
Dalam hal ini, semua suami dan ayah perlu bertindak bagi mengelakkan diri mereka jatuh dalam dayus. Jagalah zuriat anda.
Suami juga patut sekali sekala menyemak hand phone isteri, beg isteri dan lain-lain untuk memastikan tiada yang diragui. Mungkin ada isteri yang curang ini dapat menyembunyikan dosanya, tetapi sepandai-pandai tupai melompat akhirnya akan tertangkap jua.  Saya tahu, pasti akan ada wanita yang kata.
"habis, kami ini tak yah check suami kami ke ustaz?"
Jawabnya, perlu juga, cuma topic saya sekarang ni sedang mencerita tanggung jawab suami. Maka perlulah saya fokus kepada tugas suami dulu ye.
Cemburu seorang suami dan ayah adalah wajib bagi mereka demi menjaga maruah dan kehormatan isteri dan anak-anaknya.
Diriwayatkan bagaimana satu peristiwa di zaman Nabi
قَالَ سَعْدُ بْنُ عُبَادَةَ : لَوْ رَأَيْتُ رَجُلاً مَعَ امْرَأَتِي لَضَرَبْتُهُ بِالسّيْفِ غَيْرُ مُصْفِحٍ عَنْهُ ، فَبَلَغَ ذَلِكَ رَسُولَ اللّهِ صلى الله عليه على آله وسلم فَقَالَ : أَتَعْجَبُونَ مِنْ غَيْرَةِ سَعْدٍ ؟ فَوَ الله لأَنَا أَغْيَرُ مِنْهُ ، وَالله أَغْيَرُ مِنّي ، مِنْ أَجْلِ غَيْرَةِ الله حَرّمَ الْفَوَاحِشَ مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَمَا بَطَن.
Ertinya : Berkata Ubadah bin Somit r.a : "Jika aku nampak ada lelaki yang sibuk bersama isteriku, nescaya akan ku pukulnya dengan pedangku", maka disampaikan kepada Nabi akan kata-kata Sa'ad tadi, lalu nabi memberi respond : "Adakah kamu kagum dengan sifat cemburu (untuk agama) yang dipunyai oleh Sa'ad ? , Demi Allah, aku lebih kuat cemburu (ambil endah dan benci demi agama) berbandingnya, malah Allah lebih cemburu dariku, kerana kecemburuan Allah itulah maka diharamkan setiap perkara keji  yang ternyata dan tersembunyi.. " ( Riwayat Al-Bukhari & Muslim )
Lihat betapa Allah dan RasulNya inginkan para suami dan ayah mempunyai sifat protective kepada ahli keluarga dari melakukan sebarang perkara keji dan mungkar, khasnya zina.

BILA LELAKI MENJADI DAYUS?
Secara mudahnya cuba kita lihat betapa ramainya lelaki akan menjadi DAYUS apabila :-
1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber'dating' dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa 'spoting' yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan?. Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
11) Membiarkan isterinya bersalin dengan dibidani oleh doktor lelaki tanpa terdesak dan keperluan yang tiada pilihan.
12) Membawa isteri dan anak perempuan untuk dirawati oleh doktor lelaki sedangkan wujudnya klinik dan hospital yang mempunyai doktor wanita.
13) Membiarkan isteri pergi kerja menumpang dengan teman lelaki sepejabat tanpa sebarang cemburu.
14) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.


Terlalu banyak lagi jika ingin saya coretkan di sini. Kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit 'dayus' kepad dirinya.
Mungkin kita akan berkata dalam hati :-
" Jika demikian, ramainya lelaki dayus di kelilingku"
Lebih penting adalah kita melihat, adakah kita sendiri tergolong dalam salah satu yang disebut tadi.
Awas wahai lelaki beriman..jangan kita termasuk dalam golongan yang berdosa besar ini.
Wahai para isteri dan anak-anak perempuan, jika anda sayangkan suami dan bapa anda, janganlah anda memasukkan mereka dalam kategori DAYUS yang tiada ruang untuk ke syurga Allah SWT.
Sayangilah dirimu dan keluargamu. Jagalah dirimu dan keluargamu dari api neraka.
Akhirnya, wahai para suami dan ayah, pertahankan agama isteri dan keluargamu walau terpaksa bermatian kerananya. Nabi SAW bersabda :
من قتل دون أهله فهو شهيد
Ertinya : "Barangsiapa yang mati dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, maka ia adalah mati syahid" ( Riwayat Ahmad , Sohih menurut Syeikh Syuaib Arnout)
Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
17 Julai 2007

p/s : Diizinkan pembaca menyebarkan tulisan ini sejauh mana yang mungkin demi manfaat para lelaki yang berhasrat menjadi penghuni Syurga.

 


Sekian terima kasih. wekk ;p