Wednesday, September 29, 2010

surat untuk akhi

Akhi fillah ...

Dimanapun kau berada, ku tulis surat ini semata-mata atas dasar cinta kerana Allah ...


Mohon maaf atas kelancanganku telah berani menuliskan ini untukmu.


Namun aku ingin kau mengetahui, bahawa ada beberapa dari sifatmu yang tidak kami (para akhwat) sukai. Berbesar hati untuk mengetahuinya. Kami ingin kau terlihat baik dimata kami dan tentunya di mata Allah juga.


Akhi fillah ...


Setiap kaum wanita merindukan seorang ikhwan yang mempunyai visi hidup yang jelas. Bahwa hidup ini diciptakan bukan semata untuk hidup. Melainkan ada tujuan mulia. Jangan kau sia-siakan waktu hidupmu dengan tujuan yang tidak jelas, tidak ada pegangan dan berlalu begitu saja dengan percuma. Ingat, bahawa laki-laki adalah pemimpin bagi kaum wanita. Berprinsiplah! Komitmenmu pada islam teguhkanlah. Bukankah kau telah mngkajinya tentang ini dalam majlis-majlis kajian Al-Quran yang biasa kau ikuti setiap bulan. Di mana pengamalannya selama ini.


Akhi fillah ...
Dalam sebuah riwayat dikatakan bahawa wanita diciptakan dari tulang rusuk yang bengkok. Oleh itu berlaku lembutlah terhadap wanita. Ingatlkah engkau, dalam sebuah hadis, Rasulullah memberitahu bahawa sebaik-baik manusia adalah yang berlaku lembut terhadap wanita. Ini menunjukkan bahawa tabiat wanita tidak sama dengan tabiat laki-laki, wanita mempunyai sifat ingin selalui dilindungi. Bukan diperlakukan secara kasar. Sudahkah selama ini kau berlaku lembut terhadap wanita. Adakah kau pernah menyakiti hati seorang perempuan ..


Akhi fillah ...
Hal selanjutnya yang tidak para akhwat sukai adalah kesombonganmu. Sombong adalah sifat syaitan laknat. Tidak ada seorang mahlukpun yang berhak sombong, karena kesombongan hanyalah hak priogatif Allah. Perempuan adalah mahluk yang lembut. Kesombongan sangat bertentangan dengan kelembutan yang dimiliki perempuan. Jangan kira kekuasaanmu sebagai seorang laki-laki membuat dirimu menjadi sombong. Dengan sifat mengaturmu yang berlebihan, dan sifat tidak ingin di kalahkan oleh perempuan dalam hal apapun. Kami tau, bahawa ada batasan hak-hak antara perempuan dan laki-laki yang telah Allah tetapkan. Kami tidak menuntut emansipasi, tapi sedarlah wahai akhi, bahawa kau sering kali berlaku sombong di mata kami.


Akhi fillah ...
Setiap akhwat sangat mendambakan seorang ikhwan yang mempunyai pendirian. Bukan ikhwan yang plinplan. Tetapi bukan diktator. Tegas dalam arti punya sikap dan alasan yang jelas dalam mengambil keputusan. Tetapi pada masa yang sama boleh bermusyawarah, lalu menentukan tindakan yang harus dilakukan dengan penuh keyakinan. Inilah salah satu makna qawwam dalam firman Allah: arrijaalu qawwamuun alan nisaa '(An-Nisa': 34).


Akhifillah ...
Kau adalah penopang kami. Dikala kami memerlukan penguat dalam situasi kekufuran yang sedang menerjang ini tak pantas bila kau malah ikut gentar atau juga lemah. Akhwat ingin ikhwan yang tegar, bukan ikhwan yang cengeng. Dalam hal ini bukan cengeng menangis ketika mendengar ayat-ayat Allah dilantunkan. Itu adalah kelembutan hati. Tetapi cengeng yang gentar menghadapi cabaran yang ada di depan. Bagaimana kau akan memimpin kami bila kau sendiri bersifat lemah. Ikhwan yang cengeng cendrung nampak serba tidak meyakinkan.


Akhi ...
Kututup surat ini sampai di sini. Semoga kau bisa mengambil maksud dari kami menuliskan ini untukmu. Salam sejahtera anda selalu. Semoga Allah selalu memberi cahaya ilmu-Nya kepada kita semua. Dan semoga Allah selalu menangi kita dalam rahman dan rahim-Nya. Amin.




Saudarimu.

0 bebelan:

 


Sekian terima kasih. wekk ;p